Covid-19: PSP Perkeso diperluaskan..
https://www.youtube.com/channel/UChjDtGelMNkllI5S22oO_aA?sub_confirmation=1
  MULAI esok, saringan ujian Covid-19 di bawah Program Saringan Prihatin (PSP) Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) akan diperluaskan. Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan berkata, kementerian terbabit, Kementerian Kesihatan dan Kementerian Kerja Raya bersetuju supaya skop PSP Perkeso diperluaskan dengan menambah bilangan penyedia perkhidmatan saringan Covid-19. “Kerajaan bersetuju menyediakan subsidi saringan ujian Covid-19 di bawah program ini menggunakan peruntukan dana RM200 juta yang diluluskan sebelum ini. “Majikan dibenarkan membuat tuntutan subsidi bagi saringan Covid-19 sebanyak RM150 bagi setiap saringan dijalankan ke atas pekerja mereka yang mencarum dengan Perkeso. “Majikan boleh menghantar pekerja mereka menjalani saringan di mana-mana klinik atau hospital diluluskan Kementerian Kesihatan,” katanya dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur, hari ini. Beliau berkata, di bawah program subsidi ini, pekerja asing dalam sektor pembinaan dan perkhidmatan kawalan keselama …

View at DailyMotion

Topics #covid #covid-19 #Indiana #novel coronavirus #statistics #update