COVID-19: Korea Selatan tingkatkan perintah sekatan..

CHEONGJU : Korea Selatan mengenakan sekatan terhadap pehimpunan awam termasuk menutup semula kelab malam dan pusat ibadat sebagai langkah mengekang semula penularan COVID-19 di negara itu. Antara langkah lain termasuk tidak membenarkan penonton menghadiri acara sukan, umum Menteri Kesihatannya, Park Neung-hoo. Sekatan itu dilaksanakan selepas Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Korea melaporkan 332 kes baharu pada Sabtu dan ia merupakan hari kesembilan berturut-turut republik itu mencatatkan kenaikan tiga digit. “Kerajaan akan mengekang krisis ini dengan bantuan orang ramai dan melaksanakan langkah drastik. Kami akan meningkatkan sekatan kuarantin. “Bermula esok, kami akan meningkatkan perintah penjarakan fizikal kepada fasa dua buat semua rakyat negara ini. “Perintah fasa kedua yang sebelum ini dilaksanakan hanya di beberapa kawasan kini dikuatkuasakan di semua bandar dan provinsi,” katanya dalam sidang media harian pada Sabtu.  Setakat ini, republik tersebut merekodkan 17,002 …

View at DailyMotion

Topics #coronavirus #covid 19 indiana #covid 19 statistics #covid 19 usa #covid symptoms #covid-19 #novel coronavirus #second #stimulus #update