Jangan sisih bekas pesakit Covid-19..

 Kota Kinabalu: Orang ramai diminta berhenti meletakkan stigma atau menyisih bekas pesakit Covid-19 bagi membantu bekas pesakit itu pulih sepenuhnya terutama dari segi kesihatan mental mereka.  Ketua Menteri Sabah Datuk Hajiji Noor berkata sebagai bekas pesakit Covid-19, beliau sendiri memahami keadaan yang dialami oleh bekas pesakit yang memerlukan sokongan emosi daripada orang sekeliling.  “Apabila ini berlaku, ada dalam kalangan masyarakat kita punyai fikiran bahawa apabila terkena jangkitan virus ini, ia amat berbahaya, sekali gus kawan-kawan ada yang ketakutan dan bersikap menjauhkan diri.  “Sebenarnya mereka yang sudah pulih tidak akan menjangkiti orang lain, saya sendiri jadi pesakit Covid-19 yang pulih, syukur Tuhan beri peluang kepada saya lagi,” katanya dalam temu bual dengan Bernama dan RTM di sini, hari ini.  Pada masa yang sama, beliau turut mengingatkan orang ramai supaya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan bagi mencegah penularan wabak itu.  Menurutn …

View at DailyMotion

Topics #coronavirus #covid 19 indiana #covid 19 statistics #covid 19 usa #covid symptoms #covid-19 #novel coronavirus #second #stimulus #update