Penyeludup rokok positif Covid-19..

   Sandakan: Seorang daripada enam pendatang asing tanpa izin (PATI) yang ditahan kerana cuba membawa masuk 19,900 karton rokok seludup di perairan Pulau Tetabuan dekat Beluran, semalam, disahkan positif Covid-19.  Pengarah Zon Maritim Sandakan, Kapten Maritim Zainudin Mohd Zuki berkata, dalam kejadian jam 2 petang itu, bot Maritim Malaysia yang sedang melakukan rondaan Ops Benteng terserempak bot nelayan tempatan dalam keadaan mencurigakan lalu ditahan untuk pemeriksaan.  Menurutnya, hasil pemeriksaan menemui 398 kotak berisi 19,900 karton rokok putih disyaki cuba diseludup masuk.  “Enam kru termasuk tekong berumur antara 20 hingga 54 tahun disyaki warga Filipina ditahan kerana gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri yang sah serta lesen bot tamat tempoh.  “Nilai keseluruhan rampasan rokok putih berserta cukai termasuk bot dianggarkan berjumlah RM4.8 juta.  “Bot serta kru dibawa masuk ke Jeti Maritim Sandakan untuk siasatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.  Me …

View at DailyMotion

Topics #coronavirus #covid 19 indiana #covid 19 statistics #covid 19 usa #covid symptoms #covid-19 #novel coronavirus #second #stimulus #update