Episod kali ini menggabungkan 5 TVPSS daerah Setiu dan diterajui oleh wartawan Pillars TV, SMA Setiu Terengganu, adik Noor Aima Afiqah Ibrahim, 15, wartawan The Red Channel, TVPSS SCORE, SK Panchor Merah, Setiu Terengganu, adik Wan Muhammad Faris Hafiy Wan Mustafa , 12, wartawan Al Jannah Channel, SK Sungai Lerek, Setiu Terengganu, adik Anis Safia Mahisham, 11, wartawan Semesti TV, SK Merang, Setiu Terengganu, adik Wan Nur Irdina Syahirah Wan Mohd Zahiruddin, 8 dan wartawan Al Kauthar TV, SK Telaga Papan, Setiu Terengganu, adik Wan Airis Rania Wan Ahmad Rizal Nazli, 11. Dalam episod kali ini, kelima-lima wartawan TVPSS ini akan berkongsi tips 4C oleh Selangor Task Force COVID-19. Jom saksikan perkongsian mereka.

AWANIJr merupakan inisiatif terbaharu Astro AWANI dalam menggalakkan pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah untuk menyumbang kreativiti mereka dalam bentuk penulisan dan multimedia.

View at DailyMotion

Topics #covid #covid-19 #Indiana #novel coronavirus #statistics #update